Daripada mananya datangnya nama AUMIA's ya?? :)
Aumias adalah gabungan dua nama kanak-kanak perempuan comel iaitu Auni Zulaikha dan Nur Damia :)
Ummi Auni dan Damia pula merupakan dua beradik yang berjinak-jinak di dalam dunia seni kraftangan sejak tahun 2010.
Jadi Auni dan Damia sepupulah ya??
Off course..sepupu yang sangat ngam dan rapat sebab kami sebaya :)
Pelbagai hasil kraftangan menggunakan kain felt termasuk keychain, aksesori tudung/rambut menggunakan riben akan kami kongsikan di blog Aumia's ini.
Kami belajar dari kesilapan dan usaha usaha usaha hingga jadi.. kepada otai2 kraftangan felt.. kami alu-alukan sangat tunjuk ajar dari semua :)
Kami juga ada menyediakan keperluan-keperluan asas kraftangan bagi yang berminat untuk mencuba-cuba seni kraftangan felt.
Selamat melayari dan membeli.